Saya adalah bekas kakitangan syarikat kewangan serta bank dan telah lama ingin kongsikan pandangan pribadi yang pernah saya lalui sejak perbankan islam mulai diperkenalkan pada tahun 90an sehingga kini.
![]() |
Perbankan konvensional |
Terdapat banyak produk perbankan yang ada ketika ini dan hari ini saya kongsikan satu produk sahaja iaitu simpanan tetap (fixed deposit) atau murabahah/mudarabah.
![]() |
Perbankan islam |
Dua gambar tangkap layar di atas saya rakam sebagai bukti serta rujukan supaya kita semua boleh lihat dengan mata di kepala masing-masing.
Jika kita menyimpan atau melabur wang kita, perkara yang paling penting harus tahu ialah pulangan/keuntungan/faedah. Saya yakin dan percaya produk yang memberi pulangan/keuntungan/faedah paling tinggi itu adalah pilihan orang ramai, setuju?
Ada beza tak pulangan/keuntungan/faedah yang kita dapat dari perbankan konvensional berbanding perbankan islam dari dua gambar tangkap layar di atas?
![]() |
RM16.14 vs RM16.14... |
Jawapannya ialah 'matlamat menghalalkan cara'. Setelah matlamat tercapai, rupa-rupanya benda yang sama dengan mengelirukan orang ramai menggunakan terma yang berbeza serta banyak bunyi arab seperti berikut:-
- Savings = Al-wadiah
- Simpanan tetap (fixed deposit) = Al-mudarabah/murabahah
- Faedah = pulangan/keuntungan/profit sharing
- Pinjaman (loan) = pembiaan
Saya akan kongsikan pada entri akan datang kenapa dulu perbankan islam boleh memberi pulangan lebih tinggi berbanding perbankan konvensional.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.