Tuesday 23 August 2022

samsung UA40H5008AR LED TV repair

Minggu lepas saya telah dirujuk sebuah TV jenis LED berjenama samsung, model TA405008AR dengan masalah layar tidak menyala dan lampu backlight berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk TV seperti ini dan anda boleh rujuk di sini. Dua buah lagi TV serupa tidak berjaya dibaiki berikutan kerosakkan papan litar T-CON yang disambung terus ke skrin LED melalui COF (chip on film). Sebuah TV serupa dengan layar pecah juga pernah dirujuk kepada saya sebelum ini.

Model: UA40H5008AR

Ramalan awal saya kerosakkan TV ini ialah pada lampu backlight atau PSU (power supply unit). Sebelum dibuka, saya dapati ada kesan panas melampau pada penutup belakang TV dan lebur seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Setelah penutup belakang dibuka...

Gambar di atas adalah bahagian dalam setelah penutup belakang dibuka dan kesan panas melampau tersebut ialah pada papan litar PSU.

litar pintas pada mosfet D5T40P...

Pemeriksaan pada PSU mendapati sebiji mosfet dengan nombor rujukan D5T40P mengalami litar pintas dan lokasinya ialah pada bahagian bawah papan litar.

L40G0BN_ESM PSLF870G06B BN44-00754B

Oleh kerana tiada alat ganti mosfet yang rosak di tangan, saya gantikan dengan PSU yang diambil dari TV yang tidak berjaya dibaiki sebelum ini

Gantikan PSU yang baharu...

Masalah selesai setelah PSU telah saya gantikan dan ianya kembali berfungsi semula.

Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.