Thursday 16 December 2021

marantz SR7500 CHECK POW5 repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah amplifier berjenama Marantz, model SR7500 dengan masalah mengeluarkan kod 'CHECK POW5'.

marantz SR7500

Ketika saya mengujinya, ianya langsung tidak berfungsi apabila suis dihidupkan namun apabila saya laraskan pelaras di sebelah kiri, skrin indikator menyala dan memaparkan kod 'CHECK POW5' seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Paparan pada skrin padam setelah kod 'CHECK POW5' terhasil dan lampu merah standby pula menyala serta gagal dihidupkan semula.

Model no. SR7500

Merujuk kepada 'service manual', kod 'CHECK POW5' adalah disebabkan masalah bekalan 5v ke DATA DIR.

CHECK POW5

Setelah dibuka dan diperiksa pada bahagian PSU (power supply unit) saya dapati bacaan 5v sedikit kurang iaitu 4.9v sahaja.

CHECK POW5

Bekalan 5v dihasilkan dari sebiji voltage regulator berlabel KIA7805 dan setelah saya gantikannya dengan yang baharu, kini bacaannya tepat 5v namun masalah masih sama serta gagal berfungsi apabila diuji.

Gantikan KIA7805 voltage regulator...

Seterusnya saya cabut bekalan elektrik kepada bahagian 'amplifier module' dan tiada lagi kod 'CHECK POW5' apabila diuji. Jadi, masalahnya ialah pada papan litar 'amplifier module'.

Setelah penutup atas dibuka...

Pemeriksaan pada 'amplifier module' menggunakan multimeter mendapati dua biji transistor K434 seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah mengalami litar pintas pada terminal emitter dan collector.

transistor K434

Saya buka papan litar 'amplifier module' dan mendapati terminal base dan collector telah dipateri bersama seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

litar pintas pada terminal collector & emitter...

Apa yang saya lakukan ialah buang pateri lama dan pateri kedua-dua terminal tersebut secara berasingan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Masalah kod 'CHECK POW5' selesai dan amplifier ini telah berjaya diselamatkan serta kembali berfungsi semula seperti boleh ditonton pada klip video di bawah setelah litar pintas pada kedua-dua biji transistor K434 telah saya betulkan.

Jika anda mempunyai masalah dengan 'setting', cara untuk 'reset' amplifier ini ialah dengan menekan butang 'PURE DIRECT', '7.1 CH INPUT' & 'CLEAR' serentak selama 3 saat seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Reset...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.