Friday 10 December 2021

LuxeLAB LED driver repair

Sebelum ini saya pernah baiki 'LED driver' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Ramai tanya saya, harga sebiji 'LED driver' tak sampai RM10.00, kenapa perlu dibaiki? Jawapan saya ialah, ramai tak tau ianya boleh dan mudah dibaiki...

LuxeLAB

Hari ini saya dirujuk lagi sebiji 'LED driver' yang serupa dengan masalah serupa serta kerosakkan yang serupa. Perbezaannya ialah, 'LED driver' lepas digunakan pada lampu 7w dan 'LED driver' kali ini digunakan pada lampu 12w.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang rosak ialah:-

  1. sebiji kapasitor 10uF, 400v
  2. sebiji 'bridge rectifier' - MB10F
Rectifier MB10F rosak...

Selain dua komponen di atas yang didapati rosak, sebiji 'safety capacitor' atau 'film capacitor' dengan 'rating' 100nF juga turut tanggal dan kakinya putus. Oleh kerana kapasitor tersebut masih elok, saya sambungkan kakinya dan digunakan semula.

Siap...

LED driver ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah komponen yang rosak telah saya gantikan.

Tested - ok

Saya telah banyak membaiki 'LED driver' sebelum ini dan 'bridge rectifier' yang biasa digunakan ialah 1A namun MB10F yang digunakan pada 'LED driver' ini cuma 0.8A sahaja. Mungkinkah 'bridge rectifier' dengan 'rating' 0.8A tidak sesuai dan menjadi punca kerosakkan?

Jika kerosakkan yang melibatkan 'bridge rectifier' berulang setelah dibaiki, saya biasanya akan menukarkannya dengan 'rating' yang sedikit lebih tinggi. Sebagai contoh, jika 'rectifier' asal menggunakan 5A, saya akan gantikannya dengan 6A jika masalah sama berulang.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.