Friday 24 December 2021

SHARP HT-SB115 sound bar home theatre system repair

Minggu lepas saya dirujuk sebuah 'sound bar' berjenama SHARP, model HT-SB115 dengan masalah gagal dihidupkan setelah dibekalkan arus elektrik.

SHARP HT-SB115

'Sound bar' ini dilengkapi dengan 2 keping papan litar sahaja iaitu:-

  1. PSU (Power supply unit)
  2. mainboard
Setelah PSU dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, papan litar PSU ada kesan terbakar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Komponen rosak...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan komponen yang didapati rosak dan masalah yang saya hadapi ialah tiada bekalan komponen yang dilabel 73k46.

Komponen rosak (bawah PCB)

Jadi, PSU ini gagal diselamatkan dan seterusnya saya uji mainboard dengan sambung sebuah adapter 12v, 2A dan ianya boleh berfungsi namun padam apabila suara dilaras maksima.

Mainboard...

Masalah gagal berfungsi setelah suara dilaras maksima ialah disebabkan bekalan dari adapter 12v, 2A tidak mencukupi untuk kegunaan 'sound bar' ini.

Pasang DC female connector...

Oleh kerana PSU asalnya menggunakan sebiji mosfet 4n65 (4A, 650v), saya uji semula dengan menggunakan adapter 4A dan tiada lagi masalah padam apabila suara dilaras maksima.

Sambung adapter 12v...

Seterusnya saya sambungkan sebiji 'DC female connector' kepada wayar mainboard dan dipasang pada penutup belakang seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Tested - ok

'Sound bar' ini berjaya diselamatkan dan berfungsi semula setelah PSU saya gantikan dengan sebiji adapater 12v, 4A.


 Selamat mencuba...

4 comments:

  1. Hi, kedai di mana ea? boleh baiki soundbar sony HT-RT3? tak hidup tiba tiba

    ReplyDelete
  2. hai bos. sy guna jenis yg sama. masalah sound tak keluar bunyi tibe2.power ada je. pada mulanya sound dia tibe2 bunyi kuat, dan lepas tu tak keluar bunyi dah. godek punya godek ada la keluar bunyi sekejap pastu makin slow n terus tak bunyi dah. guna bluetooth dgn hp pon sama. apa masalah yer bos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini soalan yang paling susah dijawab sebab tiada di depan saya untuk diperiksa.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.