Minggu lepas saya dirujuk sebuah 'chocolate fountain' berjenama Ruster, model: E75S4P dengan masalah tidak berfungsi walaupun telah dibekalkan arus elektrik.
Ruster E75S4P |
Menurut pemilik, ianya telah lama tidak digunakan dan tidak ingat lagi apa masalahnya ketika kali terakhir digunakan.
Model: E75S4P |
Pemeriksaan awal pada plug 3-pin mendapati fiusnya putus. Fius yang digunakan cuma 3A sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Fius 3A putus... |
Fius jika putus biasanya bersebab dan selagi tidak jumpa puncanya, fius tetap akan putus lagi.
Setelah penutup bawah dibuka... |
Pemeriksaan seterusnya setelah dibuka mendapati tiada masalah pada motor seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Setelah motor dibuka... |
Apabila motornya saya buka, terdapat 4 elemen pemanas di bawahnya seperti telah saya tandakan pada gambar di atas. Pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati rintangan setiap elemen pemanas kira-kira 2.5kΩ dan tiada litar pintas ditemui.
Seterusnya saya periksa satu per satu elemen pemanasnya dengan menyambungkan sebiji mentol 60w secara bersiri dan mendapati salah satunya bermasalah serta menghasilkan percikan api apabila dihidupkan seperti boleh ditonton pada klip video di atas.
Tested - ok |
'Chocolate fountain' ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah elemen pemanas yang rosak serta fius telah saya gantikan dengan yang baharu.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.