Hari ini saya kongsikan cara-cara memeriksa lampu picit yang banyak dimiliki orang ramai dan mudah didapati dengan harga berpatutan serta murah.
CREE HY-110 |
Menurut pemilik, masalah lampu picit ini ialah tidak menyala walaupun telah seharian dicas. Kali terakhir digunakan, pemilik tertinggal lampu picit di atas siling dan telah menghabiskan cas pada bateri sebab lupa dipadam.
Adapter 4.2v, 500mA |
Pengecas yang digunakan untuk mengecas bateri lampu picit ini ialah adapter dengan 'rating' 4.2v, 500mA seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Bateri Li-ion 18650, 4200mAh |
Lampu picit ini menggunakan lampu LED dan mendapat sumber tenaga dari sebiji bateri lithium jenis 18650 dengan kapasiti 4200mAH seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
0v - tiada cas langsung... |
Oleh kerana lampu LED tidak menyala, benda pertama yang saya periksa ialah baterinya dengan menggunakan multimeter. Tiada bacaan voltan seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan ianya telah rosak serta harus ditukar.
Guna 3 biji bateri AAA untuk sementara... |
Selain menggunakan bateri lithium, lampu picit ini juga dilengkapi dengan bekalan bateri kering jenis AAA sebanyak 3 biji untuk kegunaan sementara sebelum bateri lithium baharu diperolehi.
Testing... |
Cara-cara untuk memastikan bateri lithium telah rosak boleh ditonton pada klip video di bawah. Bateri yang rosak tidak dapat dicas lagi atau casnya cepat habis.
Peringatan kepada semua, bateri lithium cepat rosak jika digunakan sehingga kehabisan cas. Bateri lithium harus dicas semula sebelum lampu picit gagal dihidupkan atau casnya telah habis digunakan.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.