Saturday 11 December 2021

DIY multi purpose power supply & tester

Sebelum ini saya ada kongsikan cara-cara untuk memeriksa voltan pada zener diod yang tidak berlabel dan anda boleh rujuk di sini.

Diode tester schematic

Masalah yang sering dihadapi ketika memeriksa voltan zener diod ialah bekalan elektrik terutamanya yang melibatkan voltan tinggi.

Guna bekas adapter jenis 2 pin...

Hari ini saya kongsikan 'multi purpose power supply' yang saya buat sendiri dengan menggunakan 'LED driver' dan diambil dari lampu LED yang telah hangus.

Pin adapter muat pada multimeter..

Selain 'LED driver', benda yang diperlukan ialah:-

  1. sebiji perintang 39kΩ, 3w
  2. bekas adapter jenis 2 pin (ambil bekasnya sahaja)
LED driver dengan output 350vdc...

Gambar di atas adalah 'LED driver' yang saya guna dan bekalan inputnya ialah 240vac. Ia mampu menghasilkan voltan output 350vdc.

sambung perintang 39kΩ, 3w ke +ve output

Tujuan saya menggunakan bekas adapter jenis 2 pin ialah untuk disambungkan ke multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

2.8v

Perintang 39kΩ, 3w yang disambung kepada terminal positif (+ve) output bertujuan untuk mengurangkan arus elektrik dan tidak merosakkan zener diod atau LED yang ingin diperiksa.

zener diod - 58v

Cara pendawaiaan adalah seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas. Alat DIY ini boleh digunakan untuk menentukan voltan yang diperlukan pada lampu LED serta voltan zener diod dan telah saya tunjukkan pada klip video pada penghujung artikel ini.

Siap...

Alat DIY ini juga boleh disambung terus kepada sebiji lampu LED sahaja yang cuma memerlukan bekalan elektrik kurang daripada 3vdc.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.