Sebelum ini saya pernah baiki motor kipas serupa seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.
eden fan motor |
Motor ini saya jumpa di tong sampah dan keadaannya sedikit usang namun tiada kerosakkan fizikal pada bahagian luaran.
eden EAM A769 |
Pemeriksaan awal mendapati motornya gagal dipusing dengan jari dan ianya sering terjadi pada kipas angin yang telah banyak saya baiki.
Made in Italy |
Gambar di bawah menunjukkan rupa di dalamnya setelah dibuka dan kesemuanya berkeadaan elok, cuma pemegang rotor sahaja tidak bebas berpusing.
Setelah dibuka... |
Apa yang saya lakukan ialah bersihkan bahagian dalam pemegang rotor (copper bush) dengan wd40 dan lepas itu lumurkan gris padanya.
Klip video di atas menunjukkan rotor telah bebas berpusing setelah 'copper bush' siap diselengara.
Rintangan stator - 162.8Ω |
Motor ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula dengan cuma menyelengara dua biji 'copper bush' sahaja.
Untuk pengetahuan semua, motor seperti ini tidak memerlukan kapasitor untuk beroperasi.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.