Monday 6 December 2021

ProSMK S-120-12 SMPS repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk SMPS seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: ProSMK

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi SMPS serupa dengan masalah berlainan iaitu langsung tiada bacaan voltan output apabila dibekalkan arus elektrik.

Model: S-120-12

Setelah dibuka dan diperiksa, saya menemui kerosakkan pada sebiji regulator yang berlabel U2 pada papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Setelah penutup dibuka...

Komponen rosak yang dimaksudkan ialah TL431A dan boleh dilihat pada gambar di bawah. Baru-baru ini saya juga ada membaiki sebuah mesin fax dengan kerosakkan komponen yang sama dan anda boleh rujuk di sini.

TL431A rosak...

SMPS ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah regulater TL431A telah saya gantikan dengan yang baharu.

Siap...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.