Monday, 22 October 2012

Wang tidak selamat jika disimpan di bank

Ketika di bangku sekolah lagi, ibu dan ayah saya sering mengingkatkan saya supaya belajar menabung dengan menyimpan wang di dalam akaun simpanan bank. Kenapa? Sebabnya mudah, kalau simpan di bawah bantal boleh hilang bila-bila masa (kena curi) atau kalau sembunyi di dalam almari silap hari dan bulan di makan dek anai-anai, lipas atau gegat. Tambahan pula wang simpanan di bank akan diberikan faedah dan jumlahnya akan bertambah dari masa ke semasa. 

Adakah wang simpanan anda di bank itu selamat? Berikut adalah pengalaman yang saya timba beberapa hari ini.

Dua hari yang lepas (Sabtu, 20/10/2012) saya telah membeli sesuatu di laman internet secara online dan pembayaran harus dibuat secara bayaran terus ke akaun mereka di bank berjumlah RM157.00. Ketika saya berada di mesin ATM, saya dapati mesin ATM tidak dapat menerima wang kertas RM1.00.

Oleh yang demikian saya berhasrat memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun simpanan saya dan selepas itu membuat pemindahan ke akaun penerima. Namun ada halangan yang saya hadapi, transaksi saya tidak diterima disebabkan akaun saya tidak aktif (sebab telah lama tidak digunakan).

Pada pagi ini saya terpaksa pergi ke kaunter untuk membuat simpanan bagi mengaktifkan akaun simpanan saya. Setelah simpanan dibuat saya pun pergi ke mesin ATM semula untuk memindahkan wang bagi membuat pembayaran. Sekali lagi transaksi saya di tolak dan menurut pegawai bank, saya hanya boleh menggunakan ATM mulai esok. Berikut merupakan slip yang menunjukkan transaksi saya yang dibatalkan.
Ada kad ATM pun menyusahkan...
Maka saya terpaksa mengeluarkan wang simpanan saya semula dan membuat pembayaran secara terus ke akaun penerima. Ketika menunggu giliran saya pun meneliti setiap transaksi pada buku akaun dan didapati bahawa sejumlah wang (RM10) telah ditolak dari akaun simpanan tanpa pengetahuan saya seperti pada gambar berikut.
satu sen haram jadah faedah pun tak bagi...
Menurut 'teller' tersebut ia merupakan yuran yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap akaun yang tidak aktif. Setahu saya akaun simpanan akan diklasifikasikan 'unclaim money' jika tidak aktif selama 7 tahun dan akan dipindahkan ke BNM. Akaun saya pula ada transaksi setiap 6 bulan iaitu faedah dari akaun simpanan tetap. Saya yakin ini bukan yuran yang dikenakan oleh BNM.
Bukti bank mencuri wang pelanggannya...
Apa kata anda? Selamatkah wang anda jika disimpan di dalam bank? Ini belum lagi yuran tahunan yang dikenakan jika anda memiliki kad ATM. Kenapa yuran harus dikenakan jika kita memiliki kad ATM yang mana boleh mengurangkan transaksi di kaunter bank? Bayangkan jika tidak ada kad ATM dan semua pemegang akaun beratur di kaunter untuk mendapatkan pekhidmatan, berapakah kaunter teller harus diperlukan?

Ketika ATM mula diperkenalkan pada penghujung tahun 80an, pihak bank mempromosikan pengunaan kad ATM serta perkhidmatan secara percuma, kini yuran dikenakan. Bagaimana pula dengan e-banking? Saya yakin satu hari nanti pengguna e-banking juga akan dikenakan yuran.

Saya berpendapat yuran sedemikian tidak seharusnya dikenakan disebabkan ia mempermudahkan kerja-kerja bank dan mengurangkan bilangan khidmat 'teller' di kaunter perkhidmatan.

Wang saya tidak selamat disimpan di bank perdagangan, dimanakah harus saya menyimpan wang saya? Tepuk dada, tanya iman...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.