Tuesday 5 July 2022

Panasonic NT-GP1 pop-up toaster repair

Hari ini saya dirujuk sebuah alat pembakar roti (toasater) berjenama Panasonic, model NT-GP1 dengan masalah hanya boleh digunakan sekali sahaja.

Panasonic NT-GP1 pop-up toaster

Maksud 'guna sekali sahaja' ialah ia boleh membakar roti namun setelah selesai membakar, ianya gagal berfungsi dan harus menunggu sehingga sejuk untuk membakar roti seterusnya.

Model: NT-GP1

Masalah sedemikian ialah disebabkan 'thermal switch' telah putus sebab melebihi had suhu dan hanya kembali bersambung semula setelah sejuk.

Toaster ini hanya mempunyai sekeping papan litar sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah setelah dikeluarkan.

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar menemui sebiji kapasitor dengan nilai 470uf, 25v rosak dan telah saya gantikan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Masalah 'guna sekali sahaja' di atas adalah disebabkan 'timer' tidak berfungsi serta terus membakar roti sehingga 'thermal switch' putus akibat terlalu panas dan harus menunggu 'thermal switch' sambung kembali setelah sejuk.


 Selamat mencuba...

4 comments:

  1. Mcm mn nk buka ye.blh ajar x yg sy punya rosak xblh nk buka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya pun tak ingat lagi. Kalau tak silap kena buka skru di bawahnya, lepas itu kena umpil sebab ada klip pada penutup bawah & atas.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.