Thursday 14 July 2022

aman ISF-26 industrial fan

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah kipas industri berjenama aman, model ISF-26 dengan masalah gagal berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

AMAN ISF-126

Menurut pemilik, masalah asal kipas ini ialah menghasilkan bunyi bising hasil dari gegaran dan setelah dibetulkan, kali terakhir digunakan ianya menyebabkan seluruh rumah bergelap.

Model: ISF-26

Pemeriksaan awal mendapati bahagian yang telah saya tandakan pada gambar di bawah telah dikunci mati dan kipas gagal bergerak ke kiri serta kanan.

Bahagian tersebut sepatutnya longgar supaya kipas boleh bergerak ke kiri serta kanan secara berulang-ulang.

Setelah dibuka penutup bahagian belakang kipas dan diperiksa, kapasitornya masih elok namun tiada keterusan (continuity) pada wayar neutral.

Masalah tiada keterusan pada wayar neutral biasanya adalah disebabkan 'thermal fuse' telah putus akibat panas melampau.

Setelah motornya saya buka dan periksa, kipas ini tidak dilengkapi dengan 'thermal fuse' dan wayar neutral yang disambung kepada gegelung motor putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Misi mencari sambungan yang putus berakhir dengan penemuan kesan terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

 

Kipas ini gagal diselamatkan sebab gegelungnya telah rosak dan perlu ditukar (jika ada alat ganti).

Kesimpulan kerosakkan kipas angin ini ialah disebabkan kerja 'tikus membaiki labu' oleh pemilik sendiri. Masalah asalnya ialah kerana bunyi bising akibat gegaran dan pemilik telah mengunci mati skru bahagian 'rotation' kipas yang seterusnya menyebabkan kipas gagal berpusing serta menyebabkan panas melampau.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.