Friday 1 July 2022

ZIP HydroTap G4 not boiling repair

Kira-kira sebulan yang lepas saya telah dipanggil untuk memeriksa 'boiler' ini dan anda boleh rujuk di sini.

Element test - fail

Semalam saya dipanggil semula dan diberitahu masalahnya ialah air yang mengalir keluar tidak panas.

System fault...

Ketika saya membuat pemeriksaan, ianya gagal pada ujian element pemanas seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Thermal switch...

Pemerikasaan pada elemen pemanas masih elok dan ianya disambung kepada sebiji 'thermal switch' pada bahagian bawah tangki air seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Element test - passed

Sambungan bekalan arus elektrik terputus pada 'thermal switch' dan ianya dilengkapi dengan butang 'reset' yang berwarna merah di tengah.

Sensor air...

Setelah butang 'reset' saya tekan, sambungan bekalan elok kembali. Ujian pada element pemanas juga lulus selepas itu namun gagal beroperasi dan mengeluarkan mesej ada kebocoran air.

Calibration...

Pemerikasaan menyeluruh mendapati air tumpah ketika membukanya telah membasahi bahagian bawah dan terkena sensor air. Masalah kebocoran air selesai setelah air yang tumpah telah dikeringkan.

Calibration...

Sekali lagi 'boiler' ini telah berjaya diselamatkan tanpa sebarang kerosakkan atau komponen yang ditukar.

Tested - ok

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.