Monday 4 July 2022

Kill Pest automatic insect killer

Beberapa hari lepas saya telah dirujuk sebuah alat membunuh serangga seperti nyamuk serta lalat dan banyak digunakan pada bahagian dapur restaurant.

Menurut pemilik, ianya tidak berfungsi dan minta untuk dibaiki (jika boleh). Ketika saya mengujinya, ianya boleh dihidupkan namun lampu fluorescent berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Setelah penutup atas dibuka...

Walalupun saya tahu kerosakkannya ialah pada lampu fluorescent yang berkelip-kelip, saya buka juga sebab nak tahu bagaimana ianya berfungsi.

HV transformer - 2500v, 5mA

Bahagian untuk membunuh serangga menggunakan sebiji transformer voltan tinggi (HV transformer) dengan voltan output 2500v seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

40kΩ

Starter yang digunakan pula ialah S2 (2W - 22W) berwarna biru seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Lampu fluorescent tidak akan menyala jika menggunakan starter jenis S10.

S2 digunakan...

Lampu fluorescent yang digunakan juga berbeza dengan lampu fluorescent bisa dan labelnya adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

F15T8/BL (15W)

Alat pembunuh serangga ini hanya mengalami kerosakkan pada lampu fluorescent sahaja. Klip video di bawah saya rakam setelah lampu fluorescent telah saya gantikan dengan yang baharu.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.