Semalam saya dirujuk sebuah dekoder astro model DS830NA dengan masalah seperti telah dilabel pada gambar di bawah.
Problem - no display... |
Ketika saya mengujinya, ianya langsung tidak berfungsi dan lampu indikator tidak menyala namun boleh berfungsi setelah ianya panas kira-kira 30 minit.
Komponen yang rosak... |
Pemeriksaan pada papan litar mendapati 3 biji kapasitor dengan nilai 220uf, 25v rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan telah saya gantikan dengan yang baharu.
Testing... |
Setelah ketiga-tiga kapasitor telah diganti dan diuji, kini ianya boleh dihidupkan namun masalah baharu pula timbul iaitu setelah perkataan 'boot' padam, ianya terus ke 'auto update' dan tiada kemaskini berlaku serta peratusannya tidak berubah dari 0% sahaja.
Longgar... |
Pemeriksaan semula mendapati sebiji kapasitor yang ditukar sebelumnya tidak dipateri dengan elok dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
Tested - ok |
Dekoder akhirnya berjaya diselamatkan setelah pateri pada kapasitor yang longgar telah saya betulkan dan ianya masih boleh digunakan semula.
Tested - ok |
Saya rasa kali ini saya telah menemui jawapan yang tidak terungkai sebelum ini iaitu dekoder terus melakukan 'auto update' serta gagal dibaiki.
Mungkinkah ianya disebabkan sambungan kapasitor yang tidak elok seperti di atas?
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.