Tahun lepas saya ada kongsikan masalah dividen saham yang tidak diterima dan telah diketegorikan sebagai wang tidak dituntut (WTD) di
sini.
 |
| Dividen untuk tahun 2023 |
Untuk makluman, saya ada dua dividen yang tidak diterima untuk tahun 2023 seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.
 |
| Permohonan tuntutan - 5/2/2026 |
Sehingga blog ini ditulis, cuma satu transaksi dengan nilai RM800 sahaja berada dalam sistem egumis dan tuntutan telah saya buat pada 05/02/2026.
 |
| Butiran tuntutan... |
Gambar tangkap layar di atas ialah butiran tuntutan. Tuntutan dengan nilai RM5.51 merupakan 'refund' dari insuran kereta dan telah berada di dalam sistem egumis sejak tahun 2023.
 |
| Notifikasi e-mail - 03/04/2026 |
Gambar tangkap layar di atas ialah notifikasi melalui e-mail yang saya terima pada 03/04/2026 dan kali ini mengambil masa dua bulan berbanding dahulu cuma dua minggu sahaja.
 |
| Transaksi masuk akaun pada 06/04/2026 |
Pengalaman menuntut WTD lepas pernah saya kongsikan dan anda boleh rujuk di sini.
 |
| Kalau tak tanya, mereka senyap... |
Dividen yang satu lagi katanya selepas bulan jun tahun ini baru diklasifikasikan WTD dan telah melebihi 3 tahun...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.