Thursday, 20 June 2019

DIJAYA LED Driver repair

LED driver berjenama DIJAYA seperti ini pernah saya baiki dahulu dan anda boleh membacanya di sini. Hari ini saya dirujuk sebiji lagi LED driver yang telah meletup dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
LED driver meletup
Untuk makluman kesan yang berwarna hitam adalah akibat daripada fius 1A yang meletup. Jika fius putus, kita harus cari puncanya dan setelah diperiksa didapati 4 biji diod telah mengalami litar pintas.
4 biji diod telah saya keluarkan...
Kedudukan diod tersebut adalah seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas dan telah saya keluarkan.
Diod yang rosak...
Jika anda lihat gambar di bawah, fius 1A dan 4 biji diod telah saya ganti.
Diod & fius yang baru...
Seterusnya saya juga mendapati terdapat satu bahagian litar telah terputus akibat daripada letupan fius di atas dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Papan litar yang putus akibat daripada letupan...
Litar yang putus boleh di baiki hanya dengan menyambungannya kembali menggunakan dawai dan dipateri dengan kemas.
Litar yang putus telah di sambung...
Gambar di atas menunjukkan litar yang putus telah saya sambung. Setelah yakin dan tiada lagi kerosakan maka saya pun menguji LED driver tersebut dan ianya masih boleh digunakan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

5 comments:

  1. Boleh ajar saya membaiki elecronik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika berminat dengan eletronik kena ada asas eletronik. Jika nak cepat, boleh ambil krusus eletronik di kolej-kolej yang menawarkan krusus eletronik. Pastikan anda benar-benar berminat, setiap kerjaya ada cabarannya tersendiri.

      Delete
  2. Boleh ajar saya membaiki elecronik..

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.