Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki 'warmer' berjanama CAFERINA, Model: THP dengan masalah salah satunya tidak panas.
 |
Jenama: CAFERINA |
'Warmer' seperti ini biasanya digunakan untuk mengekalkan suhu minuman dan biasanya boleh dilihat dan digunakan di resturant atau khidmat katering.
 |
Model: THP |
Apabila saya buka penutup bahagian bawahnya, saya menjumpai punca kerosakkannya iaitu wayar penyambung kepada salah satu pemanasnya putus seperti yang boleh dilihat pada gambar di bawah.
 |
wayar pemanas putus... |
Pemanasa seperti ini boleh dibuka dan dibaiki dan caranya ialah umpilkan bahagian tepi pemanas seperti yang telah saya lakukan pada gambar di bawah.
 |
Buka pemanasnya... |
Setelah dibuka, sambungkan bahagian yang putus kembali dengan wayar. Kerja penyambungan harus dilakukan dengan berhati-hati disebabkan elemen pemanas sangat halus dan mudah putus.
 |
Sambung wayar yang putus... |
Setelah siap disambung dan dipasang kembali ke kedudukan asalnya, periksa dengan multimeter untuk memastikan tiada litar pintas dan rintangan elemen pemanas yang digunakan untuk 'warmer' tersebut ialah 645
Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
 |
Rintangan pemanas - 645Ω |
Gambar di bawah menunjukkan wayar yang putus sebelum ini telah saya sambung dan dipasang kembali ke kedudukan asalnya.
 |
Siap... |
Apaila diuji dengan membekalkan arus elektrik, ianya kembali panas dan masih boleh digunakan semula.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.