Thursday 5 March 2020

LG WF-F733PC washing machine repair

Sebelum ini saya pernah membaiki mesin basuh seperti ini dan anda boleh membacanya di sini, sini dan di sini.

Jenama: LG

Hari ini saya kongsikan mesin basuh yang serupa tetapi masalah yang berbeza.

Model: WF-F733PC

Pemilik memberitahu saya mesin basuh ini boleh membasuh seperti biasa namun ketika proses terakhir iaitu 'spin' ianya gagal berfungsi.

Masih ada air...

Mesin basuh ini masih mengandungi air pada bahagian bawahnya ketika dirujuk kepada saya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Buka 'drain motor'...

Kira-kira dua minggu yang lepas saya ada dirujuk sebuah mesin basuh yang mengalami masalah serupa seperti di atas dan anda boleh membacanya di sini.

Gantikan 'drain motor' yang baru...

Mesin basuh ini juga mengalami kerosakkan yang sama iaitu 'drain motor' gagal berfungsi dan ianya terletak pada bahagian bawah mesin basuh.

Sambung 240vac untuk uji 'drain motor'...

'Drain motor' ini cuma mempunyai dua terminal sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Cara untuk memastikan ianya masih elok atau rosak ialah dengan membekalkan terus arus elektrik kepadanya. Jika motor tidak berpusing atau cuma bergetar sahaja, ianya rosak.

Drain motor dibuka...

Sebelum saya menukar 'drain motor' dengan yang baru, saya buka serta membuat pemeriksaan menyeluruh padanya. Kerosakkannya ialah pada rotor motor tersebut dan ianya tidak dapat dibaiki. Gambar di atas dan di bawah menunjukkan keadaan di dalam 'drain motor' setelah dibuka.

Motor rosak ketika diuji...

Anda boleh melihat bagaimana 'drain motor' yang elok berfungsi pada klip video di penghujung blog ini.

tali sawat kendur...

Saya juga melaraskan tali sawat yang mengerakkan 'drum' mesin basuh tersebut yang kendur seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Gambar di bawah menunjukkan tali sawat yang kendur telah dilaras.

Laraskan tali sawat...

Setelah 'drain motor' ditukar dan tali sawat dilaras serta diuji, mesin basuh tersebut masih boleh digunakan lagi walaupun kelihatan usang. Pemilik memberitahu saya mesin basuh tersebut dibeli pada tahun 2006 dan telah berkhidmat hampir setiap hari kira-kira 14 tahun.

Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.