Telefon sebegini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di
sini dan
sini.
 |
TeleBest 850HT |
Hari ini saya dirujuk sebuah lagi telefon yang sama namun masalah yang berbeza iaitu keypad tidak berfungsi bila ditekan.
 |
Buzzer pecah... |
Setelah dibuka, benda pertama yang saya nampak ialah buzzernya pecah seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Cara membaikinya anda cuma perlu gam balik dengan menggunakan 'super glue' sahaja.
 |
Gam balik buzzer pecah dengan 'super glue'... |
Seterusnya pemeriksaan pada papan litar mendapati salah satu wayar yang disambung kepada suis ganggang telefon telah putus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
 |
Sambungan putus... |
Untuk membaiki sambungan wayar yang putus, perlu buka papan litar suis dan paterikan wayar tersebut ke kedudukan asalnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
 |
Dah sambung balik... |
Setelah siap menyambungkan wayar yang putus dan diuji, masalah kepad tidak berfungsi telah selesai dan telefon tersebut masih boleh digunakan.
 |
Siap... |
Untuk makluman semua, kerosakkan seperti ini adalah berpunca daripada telefon tersebut terjatuh dari tempat tinggi dan terdapat kesan rekahan serta pecah pada bahagian luar telefon.
 |
Tested - ok |
Jaga baik-baik telefon anda dan elakkan daripada terjatuh dari tempat tinggi ketika bergayut di talian telefon.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.