Sebelum ini saya pernah membaiki UPS seperti ini dan anda boleh membacanya di sini.
![]() |
Setelah penutup bawah dibuka... |
Pagi ini saya dirujuk sebuah UPS berjenama APC, Model: ES500 dengan kerosakkan yang sama seperti yang pernah saya baiki dahulu.
![]() |
Relay rosak... |
Sebelum saya buka dan periksa, saya uji UPS tersebut dan masalahnya ialah kadang-kadang buzeer berbunyi tak henti setelah butang 'power' di tekan dan kadang-kadang elok seperti biasa.
![]() |
Keluarkan relay yang rosak... |
Apabila dibuka dan diperiksa, kerosakkannya sama seperti yang pernah saya baiki sebelum ini iaitu relay gagal berfungsi dengan sempurna dan kedudukan relay tersebut telah saya tandakan pada gambar di bawah.
![]() |
Gantikan relay yang baru... |
Setelah relay tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, masalah buzzer melalak tiada lagi dan ianya masih boleh digunakan semula.
![]() |
Tested - ok |
Kali ini saya kongsikan cara bagaimana mengenalpasti dan memeriksa relay yang rosak. Gambar di bawah menunjukkan terminal yang ada pada relay tersebut dan cara untuk mengujinya ialah seperti berikut:-
- Tiada 'continuity' pada terminal C & D dan E & F jika A & B tidak dibekalkan 12vdc.
- Sambungkan bekalan 12vdc kepada terminal A & B, bunyi 'tik' akan kedengaran.
- Guna multimeter dan periksa 'continuity' pada terminal C & D serta E & F.
- Jika tiada 'continuity' pada C & D atau E & F apabila 12vdc disambung kepada A & B, relay tersebut rosak.
Ketika saya membekalkan 12vdc kepada terminal A & B, bunyi 'tik' kedengaran namun tiada 'continuity' pada terminal C & D mahupun E & F. Jadi, relay tersebut telah disahkan rosak.
![]() |
Terminal pada bahagian bawah relay... |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.