Monday 2 March 2020

Perdana Menteri ke-8 - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pergolakan politik negara kita seminggu yang lepas berakhir pada 29/02/2020 apabila YDPA berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.
PM8 - Tan Sri Muhyiddin
Istiadat Pengurniaan Surat cara lantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai YAB Perdana Menteri ke-8 di hadapan YDPA berlangsung semalam (01/03/2020) kira-kira pukuk 10:33am.
Istiadat Pengurniaan Surat cara lantikan
Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perlantikan beliau sebagai YAB PM8 sekaligus menamatkan pergolakan politik yang berlaku seminggu yang lepas, semoga sinar di hari-hari mendatang lebih cerah berbanding sebelum ini.

Berikut merupakan kronologi pergolakan seminggu yang lepas:-

1. 23/02/2020
  • Perjumpaan tertutup Azmin Ali dan BERSATU dipengerusikan oleh Tun M. Ia berlangsung selepas dua hari Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan tiada tempoh masa untuk Dr Mahathir melepaskan jawatan kepada Presiden PKR yang juga Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim
2. 24/02/2020
  • Perdana Menteri ke-7, Tun M meletakkan jawatan sebagai PM dan pengerusi PPBM (Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia).
  • YDPA melantik semula Tun M sebagai Perdana Menteri interim sehingga PM yang baru di lantik atau kabinet dibentuk.
  • Semua jawatan kabinet turut dihentikan atau terbatal atas nasihat PM.
  • Azim Ali, Zurida Kamaruddin dan 9 ahli parlimen mengumum keluar PKR dan membentuk blok bebas di Parlimen. (Saifuddin Abdullah, Kamaruddin Jaffar, Mansor Othman, Rashid Hasnon, Santhra Kumar, Jonathan Yasin, Baru Bian, Ali Biju, Willie Mogin)
  • Ketika ini semua menyatakan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir termasuk GPS, Warisan, UMNO & PAS selain PKR, DAP dan Amanah termasuk BERSATU.
  • PKR mengumumkan Azmin & Zuraida di pecat berkuat kuasa serta merta. (11 MP keluar PKR dan cuma 2 sahaja dipecat)
3. 25/02/2020
  • Semua 221 ahli parlimen kecuali Tun M dititah mengadap YDPA untuk menzahirkan siapakah calon PM pilihan mereka. 90 ahli parlimen ditemubual kira-kira dua hingga 3 minit dan selebihnya akan disambung hari berikutnya (26/2/2020)
  • U-turn bermula, PAS, UMNO, MIC & MCA sepakat memohon parlimen dibubar.
4. 26/02/2020
  • YDPA menemubual MP yang selebihnya dan keputusan akhir ialah beliau belum yakin mengenai ahli parlimen yang boleh meraih sokongan majoriti ketara bagi membentuk kerajaan baharu.
  • Tun M membuat pengumuman berhasrat untuk membentuk kerajaan berdasarkan merit dan bukan berdasarkan parti.
  • PH pula u-turn dan mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai calon PM sedangkan hari sebelumnya menyatakan sokongan kepada Tun M.
5. 27/02/2020
  • Tun M terima semula jawatan pengerusi Bersatu.
  • Tun M memberitahu media supaya persidangan khas dewan rakyat akan diadakan pada 2/3/2020 bagi menentukan calon yang mendapat majoriti untuk menjadi perdana menteri baharu.
  • sekiranya persidangan khas itu gagal mencapai keputusan, pilihan raya mengejut akan diadakan.
    28/02/2020
6. 28/02/2020 
  • Majlis Raja-Raja bersidang di istana negara berhubung situasi politik terkini.
  • Peguam Negara, Tommy Thomas meletakkan jawatan.
  • Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Arrif Md Yusof memutuskan tiada persidangan khas dewan rakyat pada 2/3/2020 berikutan Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim, tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11 (3) kerana tidak disusuli Pemberitahuan Usul yang lengkap.
  • Suruhan Pilihan Raya (SPR) bersedia melaksanakan PRU (pilihan raya umum) jika parlimen dibubarkan.
    29/02/2020
7. 29/02/2020
  • PH u-turn lagi dan kali ini dan menyatakan sokongan kepada Tun M pula sebagai calon PM8.
  • YDPA berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM8 setelah GPS membuat pusingan-u (u-turn) di saat akhir dan berpihak kepada beliau.
    Dr. Mazlee sokong Tun M atau Muhyiddin?
  • Mukhriz Mahatir mempertikaikan bagaimana Bersatu mengakui 36 ahli parlimen menyokong BERSATU sedangkan 6 orang menyokong Tun M. (Mukhriz mahathir, Amiruddin Hamzah, Syed Saddiq, Maszlee Malik, Eddin Syazlee & Tun M)
  • Lewat petang PH mengumumkan mereka telah mendapat sokongan 114 MP (mungkin sudah terlewat)
    29/02/2020
8. 01/03/2020
  • Tun M mengadakan sidang akhbar memberitahu bahawa mereka mempunyai majoriti namun menurutnya beliau tidak dapat berhubung dengan pihak istana lagi. Beliau juga memberitahu media bahawa tidak menghadiri istiadat mengangkat sumpah PM8.
  • Tan Sri Muhyiddin Yasin mengangkat sumpah jawatan sebagai YAB PM8.
  • Pertemuan tertutup Bersatu disiarkan 'live' melalui 'page' PAN (Parti Amanah Negara). Antaranya, Tun M merasa bahawa beliau dikhianati Muhyiddin. Azmin mempunyai agendanya tersendiri dan DSAI... (video klip tersebut telah dipadamkan dari 'page' PAN dan saya sempat menontonnya)
9. 02/03/2020
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin mula menjalankan tugas sebagai PM8.
Semuanya telah berakhir dan ini pandangan pribadi saya secara total. Semua yang berlaku seminggu yang lepas telah lama dirancang dan rasa-rasanya saya tahu apa motifnya. Cukuplah sekadar ianya pada pengetahuan saya sahaja. Tidak semua boleh dikongsikan bersama...

Saya merasa amat kecewa sebab ketika PRU14 yang lepas majoriti bertungkus lumus untuk menjatuhkan kerajaan kleptrokrat  namun kini kerajaan pintu belakang membawa mereka kembali untuk berkuasa. Mudah-mudahan kerisauan saya ini tidak menjadi kenyataan.
Saya turut bersyukur sebab tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang minggu yang lepas.
Segalanya akan terjawab selepas kabinet baru dilantik...
Peluang terakhir untuk PH kini hanya 'usul undi tidak percaya' pada sidang dewan rakyat akan datang (dijadual pada 9/3/2020 atau dalam masa 6 bulan terdekat) namun peluang tipis sebab akan ada wakil rakyat yang akan lompat parti untuk membentuk kerajaan negeri dan biasanya berpihak kepada kerajaan pusat...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.