Friday 20 March 2020

Day 1 - CoVid-19 movement control order @ Miri

Bulan lepas saya ada kongsikan situasi di negara tembok besar, China menangani CoVid-19 dan anda boleh membacanya di sini.
Gambar di ambil dari pejabat saya di tingkat 6...
Gambar-gambar yang saya kongsikan pada artikel tersebut di sini menunjukkan keadaan semasa ketika itu di Shanghai setelah kerajaan China mengenakan 'Lockdown'.
Kakitangan membuang sampah...
Beberapa hari yang lepas, kerajaan kita telah mula mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai Mac 18, 2020 sehingga Mac 31, 2020 berikutan 2 kes kematian pertama di negara kita akibat CoVid-19.
Wireless Walk - TUTUP
Gambar-gambar di atas dan di bawah merupakan keadaan semasa yang saya ambil pada Mac 18, 2020 iaitu hari pertama perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa dan keadaannya adalah serupa dengan keadaan ketika selepas China mengenakan 'Lockdown' bagi menangani penularan CoVid-19.
Pusat membeli belah - TUTUP
China kini telah berjaya menghentikan penularan CoVid-19 setelah proses 'Lockdown' dan saya yakin negara kita telah mengambil tindakan yang tepat serta berada di landasan yang betul ketika ini.
Pejabat Pos - Lenggang
Sekiranya negara kita masih lagi tidak mampu menghentikan penularan CoVid-19 dalam masa dua minggu ini, saya yakin kemungkinan besar kerajaan kita akan terpaksa melakukan 'Lockdown' seperti yang dilakukan oleh China sebelum ini yang telah terbukti berjaya membendung penularan CoVid-19 di negaranya.
Basement - Kosong
Contoh yang terbaik yang harus kita renungkan ialah penularan CoVid-19 di Itali dan Iran, rakyatnya tidak peduli dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan di negara masing-masing dan jumlah kematian di Itali semalam (18/03/2020) sahaja akibat CoVid-19 ialah seramai 475 orang dalam sehari.

Taman Bulatan - ada beberapa orang berjogging...
Tahukah anda bahawa ketika ini apa yang berlaku di Itali ialah pesakit yang berusia 80 tahun ke atas akibat CoVid-19 dibiarkan mati kerana pihak hospital dan doktor tidak mampu merawat sebegitu ramai pesakit.
Tempat letak kereta - kosong
Sesuatu yang merisaukan saya buat masa ini ialah masih ramai lagi yang berdegil dan tidak mahu berkerjasama seperti perhimpunan Tabligh yang bakal diadakan di Indonesia. Mereka berpendapat tidak harus takut dengan CoVid-19 melebihi takut kepada Allah. Anda boleh baca laporan tersebut di sini.
Jalan raya - lenggang
Tujuan Perintah Kawalan Pergerakan ialah untuk menghentikan penyebaran CoVid-19 namun himpunan beramai-ramai tersebut bakal merencatkan usaha kerajaan ketika ini.
Lampu dah hijau pun masih boleh ambil gambar...
Mungkinkah selepas ini negara kita terpaksa 'Lockdown' atau perintah darurat terpaksa dikeluarkan seperti di zaman Jepun menyerang negara kita?
Hypermarket masih dibuka...
Mungkinkah negara kita terpaksa berlaku zalim seperti Korea Utara agar mereka yang dijangkiti CoVid-19 dikenakan hukuman mati?
Pujut flyover - lenggang
Saya yakin langkah seterusnya yang negara kita terpaksa lakukan ialah 'Lockdown' sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan ini gagal akibat segelintir yang mementingkan diri sendiri dan 'try to be smart'.
Pasar Malam - Lenggang
Apapun yang terjadi selepas ini cuma ramalan saya sahaja, bersedialah untuk menghadapi keadaan lebih buruk yang akan dan bakal berlaku jika kita tidak berkerjasama dengan pihak kerajaan untuk membendung penularan CoVid-19 ini.
Pasar Malam Saberkas
Usaha tanpa kerjasama semua pihak adalah umpama mencurah air ke daun keladi. Renung-renungkan sejenak dan buka minda anda untuk kesejahteraan sejagat.
Ada lagi yang masih degil...
Marilah kita berkerjasama untuk menghentikan penularan CoVid-19 dengan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan ketika ini iaitu:-
  • Just Stay At Home (Duduklah diam-diam di rumah)
Bukan mudah untuk ubah rutin harian... (Old Man Street)

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.