Minggu lepas saya telah dirujuk dua buah ketuhar gelombang mikro (microwave) berjenama SHARP dengan masalah yang berbeza.
![]() |
SHARP R754AST microwave |
Masalah microwave ini ketika dirujuk kepada saya ialah menghasilkan percikan api ketika digunakan. Sebelum saya membukanya untuk diperiksa, saya juga sempat mengujinya dan percikan api tersebut ialah pada bahagian magnetron.
![]() |
magnetron cap rosak... |
Apabila magnetron dibuka, bahagian 'magnetron cap' didapati rosak seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
![]() |
Keluarkan magnetron cap yang rosak... |
Dipendekkan cerita, saya tukar 'magnetron cap' serta uji microwave tersebut dan mendapati masih ada percikan api berhampiran magnetron.
![]() |
Gantikan magnetron cap dengan yang baru... |
Seterusnya saya buka 'mica waveguide' serta uji semula micorwave tersebut dan tiada percikan api lagi.
![]() |
Mica waveguide rosak... |
Untuk makluman semua, fungsi 'mica waveguide' tersebut ialah untuk mengelakkan makanan yang dimasak daripda terpercik dan melekat pada 'magnetron cap'.
![]() |
Salin bentuk pada mica waveguide yang baru... |
Jadi, anda boleh menggunakan microwave tanpa 'mica waveguide' namun bagaimana anda bersihkan 'magnetron cap' jika terdapat makanan melekat padanya?
![]() |
Potong mana yang tidak berkenaan... |
'Mica waveguide' biasanya rosak akibat daripada makanan yang dimasak melekat padanya dan dimasak berulang-ulang sehingga hangus.
![]() |
Dah siap... |
Jadi, untuk mengelakkan 'mica waveguide' tersebut rosak, pastikan anda bersihkan bahagian dalam microwave termasuk 'mica waveguide' setiap kali selepas menggunakannya.
![]() |
Pasang mica waveguide yang baru... |
Proses dan cara untuk mendapatkan bentuk asal 'mica waveguide' boleh dilihat pada gambar-gambar di atas. Setelah 'mica waveguide' ditukar dengan yang baru dan diuji, tiada lagi percikan api dan microwave tersebut telah berjaya diselamatkan.
![]() |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.