Monday 16 March 2020

LG MS2342DB microwave repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki ketuhar gelombang mikro (microwave) berjenama LG, Model: MS2342DB.
Jenama: LG
Pemilik cuma memberitahu saya ianya tidak boleh digunakan dan tidak ingat lagi apa kerosakkan terakhirnya kerana telah lama disimpan.
Model: MS2342DB
Jika pemilik gagal memberitahu saya apa kerosakkannya, saya tidak akan menguji microwave tersebut sebab kadang-kadang terdapat litar pintas dan jika saya uji, seluruh rumah saya juga akan gelap akibat litar pintas.
Magnetron rosak...
Setelah dibuka dan diperiksa, kali ini saya menjumpai magnetronnya rosak dan telah saya keluarkan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Magnetron rosak - litar pintas
Salah satu punca magnetron rosak ialah mengalami litar pintas seperti boleh dilihat pada gambar di atas bila diperiksa dengan menggunakan multimeter.
Magnetron baru...
Tiada litar pintas di antara terminal penyambung kepada badan (casis) untuk magnetron yang elok seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Testing...
Setelah magnetron ditukar dengan yang baru dan diuji, microwave tersebut masih boleh digunakan semula.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.