Tuesday 17 March 2020

Robot Coupe J 80 Ultra juice extractor repair

Sebelum ini saya pernah membaiki pengisar jus seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.
Robot Coupe J 80 ULTRA
Kali ini saya dirujuk lagi sebuah lagi pengisar jus yang serupa dengan masalah seperti tercatat pada gambar di bawah.
Ini mesej dari pemilik...
Pemilik kata 'fius hangus' dan bila saya periksa ianya masih elok dan tidak putus. Saya tidak uji pengisar jus tersebut sebelum ianya dibaiki sebab 'ada asap keluar'...
Basah...
Seterusnya saya buka penutup bawah pengisar jus tersebut dan mendapati ianya basah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Basah...
Saya bersihkan serta keringkan mana-mana bahagian yang basah termasuk papan litarnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Schematic diagram...
Seterusnya saya periksa satu per satu mengikut 'schematic diagram' yang dibekal dalam pengisar jus tersebut dan akhirnya menemui sebiji kapasitor yang rosak dan perlu di ganti.
Kapasitor rosak...
Kapasitor tersebut pernah diganti oleh seseorang sebelum ini dan nilainya juga tidak mengikut spesifikasi asal iaitu 60uF, 250v. Jika dilihat pada gambar di atas, kapasitor yang digunakan cuma 36-43uF dan bila saya ukur menggunakan multimeter, bacaannya cuma 8.54uF sahaja
Kapasitor rosak - 8.54uF sahaja...
Setelah kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru mengikut spesifikasi asal iaitu 60uF saya bekalkan arus elektrik untuk uji pengisar jus tersebut.
Gantikan kapasitor baru...
Ianya kini boleh digunakan semula namun kelajuan motornya perlahan dan menghasilkan bunyi bising seperti kerosakkan bearing.
sambung kembali wayar ke kedudukan asal...
Seterusnya saya buka lagi serta periksa semula dan menemui sebiji perintang yang di label 'R' pada 'schematic diagram' di atas juga putus. Label pada perintang tersebut ialah RB57 1R0 dengan nilai 1Ω/6W.
Perintang 1Ω/6W putus..
Fungsi perintang tersebut adalah sebagai fius dan disambung di antara kapasitor dan papan litar. Mungkinkah perintang ini yang pemilik maksudkan 'fius hangus' di atas?
RB57 1R0 = 1Ω/6W
Setelah perintang tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji semula, kini kelajuan motornya kembali normal dan masih boleh digunakan semula.
Gantikan perintang yang baru...
Kesimpulan kerosakkan pengisar jus ini ialah bermula dengan kerosakkan pada kapasitor yang seterusnya menyebabkan perintang 1Ω/6W putus.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.