Saturday 21 March 2020

Kematian ke-3 berkaitan wabak CoVid-19

Negara kita Malaysia telah mencatatkan kematian pertama dan ke-2 berkaitan dengan wabak CoVid-19 pada hari yang sama iaitu Mac 17, 2020.
Semalam, Mac 20, 2020 kematian ke-3 merupakan pesakit 152, iaitu lelaki tempatan berusia 58 tahun daripada kluster jemaah Tabligh.

Pesakit tersebut dimasukkan ke Hospital Tawau pada Mac 9, 2020 selepas mengalami simptom severe acute respiratory infection (SARI).

Pesakit diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Kesihatan pesakit merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang.

Jika kita imbas kembali kematian pertama dan ke-2 sebelum ini, kesemua kematian melibatkan pesakit dalam ICU dan setakat semalam negara kita mempunyai seramai 25 orang.

Kesemua kematian berlaku kurang dari 2 minggu setelah disahkan positif CoVid-19.

Marilah kita semua bekerjasama dengan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) yang berkuatkuasa mulai 18/3/2020 sehingga 31/03/2020.

"Just Stay At Home" (Duduklah diam-diam di rumah)
Sila tonton klip video di atas bagaimana proses 'lockdown' di Wuhan, China telah berjaya  membendung CoVid-19 daripada terus merebak. Kerjasama semua pihak amatlah diperlukan...

Sumber

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.