All sharing are based on my personal experience. Your comment will be attended within 24 hours. Cheers!
Friday, 13 March 2020
Astro NJOI decoder repair (Model: DS830NA)
Semalam saya ada menerima e-mail dari seseorang yang tidak dikenali meminta bantuan untuk membaiki dekoder ASTRO NJOI.
Dekoder ASTRO NJOI
Menurut pemilik, dekoder ASTRO NJOInya perlu tunggu lama untuk dihidupkan setelah arus elektrik dibekalkan dan ianya akan 'reboot' dengan sendirinya ketika menonton siaran.
Model: DS830NA
Ketika saya menerima dekoder dan diuji, ianya langsung tidak dapat dihidupkan seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.
E-mail yang saya terima melalui blog...
Setelah dekoder dibuka dan diperiksa, komponen yang rosak serta harus diganti adalah seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Komponen yang rosak...
Untuk makluman semua, jika dekoder ASTRO NJOI anda rosak dan membuat aduan kepada pihak astro, anda perlu membayar RM1,050.00 untuk mendapatkan dekoder yang baru.
Testing...
Setelah kesemua komponen yang rosak di atas telah saya ganti dan diuji, dekoder tersebut masih boleh digunakan semula.
Testing...
Sebelum ini saya pernah membaiki dekoder ASTRO dan anda boleh membacanya di sini, sini, sini dan sini.
Testing...
Dari pengalaman saya membaiki dekoder ASTRO selama ini, penyebab kerosakkan dekoder ASTRO ialah pada kapasitornya. Jika anda tidak tahu memeriksa, anda boleh pilih untuk menukar kesemua kapasitornya iaitu seperti berikut:-
5 biji 47uF, 25v
3 biji 470uF, 10v
1 biji 470uF, 16v
1 biji 1000uF, 6.5v
9 biji 220uF, 25v
Tested - ok
Klip video di bawah menunjukkan salah sebiji kapasitor yang kelihatan elok bila diukur dengan multimeter namun sebenarnya telah rosak di mana bacaannya berubah-ubah.
Selamat mencuba...
Pemilik hantar gambar memberitahu tiada masalah lagi... (14/3/2020)
Jika anda perlukan perkhidmatan membaiki decoder Astro, anda boleh berhubung dengan saya dengan mengisi 'contact form' pada bahagian atas sebelah kanan blog ini.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.