Sunday 8 March 2020

LG 49LJ510T LED TV repair

Tahun lepas pada bulan oktober saya dirujuk sebuah TV LED berjenama LG, Model: 49LJ510T dengan masalah tidak dapat dihidupkan dan cuma lampu standby sahaja yang menyala.
Jenama: LG
Jika lampu standby menyala bermaksud tiada masalah dengan PSU (power supply unit). Masalah lampu standby menyala dan tidak dapat dihidupkan ialah kerosakan pada mainboard.
Model: 49LJ510T
Pada mulanya saya cari alat ganti mainboard tersebut secara online dan tidak menjumpainya. Seterusnya saya menghantar e-mail kepada LG dan amat kecewa dengan jawapan daripada mereka. Pihak LG tidak menjual alat ganti kepada kita dan jika peralatan elketrik rosak kita disuruh untuk membuat panggilan ke customer careline dan mereka akan menghantar jurutenik untuk memeriksa serta membaiki.
Jawapan dari LG...
Seterusnya saya mengadu kepada LG customer careline dan jurutenik datang pada hari berikutnya. Setelah diperiksa, mereka juga memberitahu saya bahawa mainboard tersebut rosak dan harus diganti.
Careline...
Harga mainboard tersebut ialah RM150.00 sahaja dan gaji memeriksa/membaiki ialah RM200.00. Jadi kos keseluruhan untuk membaikinya ialah RM350.00 dan perlu tunggu kira-kira 5 bulan (october 2019 hingga mac 2020) untuk dapatkan mainboard yang baru untuk ditukar.
Cuma 2 papan litar sahaja kelihatan...
Untuk makluman semua juga, tiada jaminan (warranty) diberikan untuk peralatan elektrik yang dibaiki termasuk mainboard tersebut.
T-con board...
Sebelum ini saya pernah membaiki sebuah TV LED berjenama SAMSUNG dengan masalah yang sama iaitu lampu standby menyala tetapi tidak dapat dihidupkan dan anda boleh membacanya di sini.
Mainboard...
Setelah mainboard yang baru dipasang dan diuji, layar pertama yang kelihatan ialah seperti pada gambar di bawah.
Testing...
Jika anda mendapat skrin seperti pada gambar di atas, maksudnya alat ganti tersebut adalah 100% dari kilang dan apa yang harus anda lakukan ialah padamkan TV dengan menggunakan alat kawalan jauh.
Tested - ok
Kemudian hidupkan semula TV dengan menekan butang 'power' dan ianya sedia untuk digunakan seperti biasa tanpa membuat sebarang 'setting' lagi.
Tested - ok
Selamat mencuba...
Apa beza kedua-dua alat kawalan jauh ini?

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.