Saturday 14 March 2020

DIY 6v Battery

Hari ini saya kongsikan satu cara untuk berjimat ketika menukar bateri pada kunci pintu elektronik atau peti keselamatan.
6v bateri (original)
Pembekal biasanya akan membekalkan bateri mereka sendiri dan harganya jauh lebih mahal. Bateri yang saya maksudkan adalah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Harga sebiji bateri seperti pada gambar di atas ialah RM56.00 manakala bateri seperti pada gambar di bawah pula berharga RM45.00 sebiji.
6v bateri (OEM)
Jika di buka dan diperiksa, ianya adalah kombinasi 4 biji bateri bersaiz AA yang disambung bersiri dan membekalkan 6vdc.
Bateri rosak (bocor)
Pembekal menggunakan bateri berjenama DURACELL manakala bateri OEM pula menggunakan bateri berjenama ENERGIZER.
DIY sendiri...
Apa yang anda perlukan untuk membuat bateri yang serupa seperti pembekal dan OEM ialah seperti pada gambar di atas iaitu:-
  1. bateri bersaiz AA
  2. 'battery holder'
'Battery holder' tersebut boleh dibeli dengan harga kira-kira RM3.00 manakala bateri bersaiz AA pula ialah kira-kira RM10 untuk 8 biji.
potong wayar penyambung...
Apa yang anda perlu buat ialah potong wayar penyambung pada bateri lama dan sambungkan kepada 'battery holder' seperti gambar di bawah.
sambungkan kepada 'battery holder'
Seterusnya masukkan bateri ke dalam 'battery holder' dan ianya telah siap untuk digunakkan.
Siap
Kos keseluruhannya ialah kira-kira RM8.00 sahaja dan anda boleh jimat... (kira sendiri)
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.