Transformer/adapter seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di
sini dan
sini.
 |
Jenama: MOTOROLA |
Masalah transformer ini juga sama dengan yang lepas iaitu tidak menghasilkan output 18vdc namun punca kerosakkannya berbeza dengan yang lepas.
 |
Keluarkan diod (IN5400) - litar pintas |
Setelah dibuka dan diperiksa, komponen pertama yang saya temui rosak ialah diod dengan nombor rujukan IN5400 seperti telah saya labelkan pada gamabr di atas dan di bawah.
 |
Gantikan diod yang baru... |
Selain daripada diod di atas didapati rosak, thermal fuse juga putus dan harus diganti. Anda boleh membaca cara memeriksa serta menukar thermal fuse tersebut pada artikel yang lepas.
 |
Gantikan thermal fuse baru... |
Setelah kedua-dua komponen yang rosak diatas ditukar dan diuji, transformer tersebut masih boleh digunakan semula.
 |
Siap... |
Punca kerosakkan transformer ini bermula daripada litar pintas pada diod IN5400 yang rosak menyebabkannya panas melampau dan seterusnya thermal fuse yang bertindak sebagai pelindung (protection) turut putus.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.