Wednesday 18 March 2020

CoVid-19 movement Control Order (Perintah Kawalan Pergerakan CoVid-19)

Dua hari yang lepas Perdana Menteri kita telah mengeluarkan Perintah Larangan Pergerakan bagi menangani penularan CoVid-19 di negara kita.

Perintah kawalan pergerakan tersebut berkuatkuasa mulai hari ini, Mac 18, 2020 sehingga Mac 31, 2020. Gambar di bawah merupakan ringkasan isi kandungan perintah kawalan pergerakan.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, anda boleh menelefon ke talian hotline 03-8888 2010 untuk keterangan lanjut.
Pengumuman tersebut yang pada mulanya dijadualkan pada pukul 9:00 malam telah ditunda ke pukul 10:00 malam bagi mengelak pembelian panik barangan keperluan.

Semalam, negara kita telah mencatatkan 2 kematian pertama akibat jangkitan CoVid-19 dan ianya merupakan kes ke-178 dan kes  ke-358.

Kes ke-178 merupakan lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Beliau bergejala mulai 5 Mac dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia semalam (17/3/2020).

Sementara kes ke-358 adalah lelaki warga tempatan berusia 60 tahun mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac.

Kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.

Jika kita rujuk kepada kedua-dua kes di atas, ancaman CoVid-19 ini amatlah serius dan ianya boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dalam masa yang singkat iaitu kurang dari 2 minggu.
Gambar diambil pada 18/3/2020 (9:45am) - tidak patuhi arahan...
Jadi, berilah kerjasama kepada perintah kawalan pergerakan ini dengan mematuhi segala arahan seperti di atas.

Tujuan utama perintah kawalan pergerakan ini ialah untuk menghentikan atau meminimakan CoVid-19 daripada merebak dengan cepat tanpa kawalan.
Sila tonton klip video di atas untuk mengetahui cara-cara bagaimana memberhentikan CoVid-19 daripada merebak yang telah berjaya dilakukan di NANJING, China.

Bersama-sama lah kita jayakan misi negara kita memerangi CoVid-19 dengan mematuhi segala arahan dari masa ke semasa oleh pihak berwajib.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.