Wednesday, 11 March 2020

GVS CS2300 BizPhone repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki telefon produk GVS Technology, Model: GVS CS2300 BizPhone dengan masalah butang 0,* dan # tidak berfungsi bila ditekan.
Model: GVS CS2300 BizPhone
Biasanya masalah sedemikian adalah disebabkan keypadnya mengalami litar pintas dan apa yang harus dilakukan hanya dengan membuka bahagian keypad dan bersihkan dengan menggunakan 'contact cleaner'.
Setelah penutup belakang dibuka...
Saya telah lakukan kerja pembersihan pada keypad dan apabila diuji, masalahnya tidak selesai lagi iaitu butang 0,* dan # masih tidak berfungsi bila ditekan.
Bersihkan bahagian keypad...
Pemeriksaan pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang rosak dan seterusnya saya terpaksa menguji dengan menukar papan litar pada keypad seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Keluarkan keypad lama...
Setelah papan litar keypad saya tukarkan dengan yang baru, masalah butang yang tidak berfungsi bila ditekan telah lenyap dan telefon tersebut masih boleh digunakan semula.
Gantikan keypad yang baru...
Papan litar keypad tersebut kelihatan mudah dan dilengkapi dengan sebiji 'chip' sahaja yang berwarna hitam seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Tiada litar yang putus ditemui ketika saya periksa dan kemungkinan 'chip' tersebut rosak dan ianya tidak dapat dibaiki.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.