Thursday 24 June 2021

ALTEC LANSING ATP3 speaker repair

Baru-baru ini saya dirujuk satu set speaker berserta subwoofer (sound system) berjenama ALTEC LANSING untuk dibaiki.

Jenama: ALTEC LANSING

Model 'sound system' tersebut ialah ATP3 dan ianya adalah buatan China.

Model: AT3

Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah hanya mengeluarkan bunyi bising sahaja seperti boleh ditonton pada klip video di bawah apabila telah dihidupkan.

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya hanya menemui sebiji kapasitor 10,000uF, 25v didapati kembung dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Kapasitor 10,000uF, 25v kembung...

Apabila kapasitor tersebut dikeluarkan dari papan litar dan diperiksa menggunakan multimeter, bacaannya cuma 9pF sahaja seperti boleh dilihat pada gambar dibawah.

Setelah kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji semula, masalah selesai dan 'sound system' tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Siap...

Selamat mencuba...

'Sound system' ini menggunakan sebiji ic dengan nombor rujukan TDA7375 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

TDA7375

8 comments:

  1. salam sejahtera, saya, Irwan mempunyai ATP3 seperti di post blog ini.. bolehkah tuan dapat membetulkan saya punya juga? boleh wtsp num kosong satu sembilan tujuh lima dua sembilan enam empat kosong

    jikalau tuan berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh pm saya dulu dgn nom di atas. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Hi..blh Sy dapat kan contact detail tuan..Sy ad model yg sama..masalah tiba2 x boleh hidup..tp bila goyang2 power cable lmpu hijau kelip2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika perlukan bantuan saya, kena hantar kepada saya di miri, sarawak. Selagi tidak diperiksa, kita tidak tahu apa masalahnya.

      Delete
  3. Hai....saya nak order main board atp3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya baiki sahaja dan tak jual alat ganti.

      Delete
  4. Jika ada bunyi macam letup / pecah, suspect speaker dia ke? Yg lain Masih berfungsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka dan periksa, saya tidak tau bagaimana bunyi letup/pecah yang anda maksudkan.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.