Sebelum ini saya pernah membaiki TV seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.
![]() |
Samsung UA40J5008AK |
Hujung minggu lepas saya dirujuk sebuah TV yang serupa dengan masalah langsung tidak berfungsi termasuk lampu standby juga tidak menyala.
![]() |
Model: UA40J5008AK |
Setelah dibuka serta diperiksa, saya dapati tiada voltan output 13v pada PSU (power supply unit) ke papan litar utama (mainboard).
![]() |
Setelah penutup dibuka... |
Pemeriksaan pada PSU mendapati bahagian yang telah saya tandakan pada gambar di bawah mengalami litar pintas.
![]() |
PSU - power supply unit |
Ianya terdiri daripada 3 biji diod berlabel MBR5H150SS disambung bersiri dan setelah dibuka dan diperiksa, hanya sebiji sahaja yang mengalami litar pintas dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
![]() |
Litar pintas pada sebiji diode... |
Diod MBR5H150SS merupakan 'ultra low IR schottky barrier rectifier' dengan 'rating' 150v, 5A.
![]() |
Siap... |
Setelah schottky diod tersebut saya tukar dan diuji, kini PSU menghasilkan voltan output 12.86v ke 'mainboard' apabila saya ukur dengan menggunakan multimeter.
![]() |
Testing - 12.86vdc |
TV ini telah berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan sebiji diod sahaja dan ianya kembali berkhidmat semula.
![]() |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.