Wednesday 2 June 2021

Philips HP8203 SalonShine Care hair dryer repair

Alat pengering rambut ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Philips HP8203

Hari ini dia kembali dengan masalah tidak cukup panas. Pemilik memberitahu saya ianya boleh berfungsi seperti biasa namun kurang panas sahaja.

Suis pelaras suhu rosak...

Sebelum dibuka untuk diperiksa, saya uji alat pengering rambut tersebut dan mendapati suis untuk melaras haba bahagian kanan hanya boleh dilaras ke bahagian tengah sahaja seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Suis pelaras suhu pecah...

Setelah dibuka suis pelaras haba tersebut, ianya telah pecah seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gam dengan 'super glue'...

Apa yang saya lakukan ialah gam kembali sebahagian yang telah pecah tersebut dengan menggunakan 'super glue' sahaja.

Testing...

Setelah gam kering dan dipasang kembali ke kedudukan asalnya serta diuji, suis haba boleh dilaras semula di antara ketiga-tiga bahagiannya.

Siap...

Alat pengering ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.