Sunday 6 June 2021

KDK KB40A table fan repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah kipas angin berjenama KDK, model KB40A dengan masalah tidak berpusing setelah dibekalkan elektrik.

Jenama: KDK

Sebelum ini saya pernah membaiki kipas angin berjenama KDK dan anda boleh rujuk di sini.

Model: KB40A

Dari pengalaman lepas, saya jangkakan masalahnya sama iaitu kerosakkan pada thermal fuse.

Kedudukan thermal fuse...

Setelah dibuka dan diperiksa, ternyata thermal fuse putus dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di atas.

Buka penyambung thermal fuse...

Cara membuka thermal fuse ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Buka penutup untuk keluarkan thermal fuse...

Gambar di bawah ialah thermal fuse asal yang telah saya keluarkan dan 'rating' yang digunakan ialah 2A, 114C.

Thermal fuse rosak - 2A, 114C

Cara untuk mengetahui thermal fuse masih elok atau rosak ialah dengan memeriksa 'continuity' menggunakan multimeter.

Gantikan thermal fuse yang baru...

Seperti biasa, saya juga akan periksa kapasitornya dan kali ini ianya perlu ditukar berikutan nilai bacaannya cuma tinggal 565nF (0.565uF) sahaja apabila diukur dengan menggunakan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kapasitor rosak - 565nF sahaja

Label asal kapasitor ialah 1.5uF, 400v dan pastikan anda tukarkan dengan nilai yang sama iaitu 1.5uF. Jika ketika anda mencari kapasitor yang baru dan nilai terdekat yang ada ialah 1.8uF atau 1.2uF, pilihlah nilai yang lebih rendah iaitu 1.2uF dan bukannya nilai yang lebih tinggi.

Kapasitor baru - 1.5uF

Walaupun 1.8uF boleh digunakan namun peluang anda akan merosakkan kipas anda sangat tinggi dan boleh berakhir dengan kerosakkan total serta tidak dapat dibaiki lagi.

Kedudukan penyambung kapasitor...

Gambar-gambar berikut merupakan bacaan rintangan setelah butang kelajuan dilaras.

  1. No. 0 - 0Ω
  2. No. 1 - 439Ω
  3. No. 2 - 392Ω
  4. No. 3 - 283Ω
No. 0 - 0Ω

No. 1 - 439Ω

No. 2 - 382Ω

No. 3 - 283Ω


Komponen yang rosak...

Kerosakkan kipas di atas adalah berpunca daripada kapasitornya yang rosak. Cara untuk mengetahui kapasitornya rosak dan perlu diganti ialah kipas akan mulai berputar dengan perlahan walaupun telah dilaras ke no. 3.

Kapasitor merupakan komponen 'wear & tear' dan harus diganti bila tiba waktunya. Jika dibiarkan dan terus digunakan, ia akan menyebabkan motor kipas mengalami panas melampau dan seterusnya memutuskan thermal fuse.

Jika thermal fuse tidak putus, ianya akan mengakibatkan kerosakkan gegelung stator dan biasanya tidak dapat dibaiki lagi.

Kerosakkan sedemikian biasanya terjadi jika pengguna membuat pintasan pada thermal fuse yang putus.

Jadi, gantikan thermal fuse yang putus dan bukan mengambil jalan mudah dengan membuat pintasan.

Fikir-fikirkan dan selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.