Sebelum ini saya pernah baiki PSU seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini & sini.
![]() |
| OTIS50E-EE |
PSU ini menggunakan bekalan elektrik 100vac hingga 120vac sahaja dan perlu menggunakan 'step down transformer' jika ingin mengujinya.
![]() |
| Input - 110vac (belum pernah dibuka)... |
Hari ini saya dirujuk PSU yang serupa dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah iaitu voltan output -15vdc tidak stabil.
Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, sebiji kapasitor dengan nilai 330uF, 35v didapati kembung seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
| Setelah penutup dibuka... |
Bacaan nilai kapasitor tersebut cuma 90.9uF sahaja apabila diukur dengan menggunakan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
| 90uF sahaja (sepatutnya 330uF)... |
Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui komponen lain yang rosak selain kapasitor yang kembung di atas.
![]() |
| Kiri - kapasitor rosak, kanan - kapasitor baru |
PSU di atas telah berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan sebiji kapasitor sahaja dan masih boleh digunakan semula.
![]() |
| Siap... |
Selamat mencuba...






No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.