Monday, 7 June 2021

Cuti hari ini rupanya...

Pagi ini, seperti biasa selepas cuti hujung minggu semalam, saya bangun kira-kira pukul 6:30am dan bersiap sedia untuk ke pejabat kira-kira pukul 7:00am.

Sekatan jalan - PKP 3.0

Perjalanan dari rumah saya ke pejabat harus melalui satu sekatan jalan sempena PKP 3.0 yang bermula pada 29/05/2021 lepas dan semua berjalan dengan lancar tanpa diperiksa.

Scan mysejahtera - pintu masuk

Setibanya saya di pejabat, saya mengambil uniform dan pekerja tersebut bertanya "awak kerja hari ini kah?". Saya dengan selamba menjawab 'cuti kah hari ini?'.

scan my sejahtera - pejabat

Setelah periksa jadual bekerja, baru saya perasan hari ini cuti hari keputeraan seri paduka baginda yang di-pertuan agong.

Suasana lengang di luar pejabat...

Blog ini ditulis di pejabat saya sebelum pulang ke rumah.

Selamat bercuti...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.