Semalam saya dirujuk sebuah TV jenis CRT dengan masalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah apabila dibekalkan arus elektrik dan diuji.
|  | 
| Lepas 'on' ini saja pada layar... | 
Dari pengalaman lepas masalah sedemikian adalah pada 'vertical section' yang biasanya melibatkan kerosakkan ic yang berlabel LA78141.
|  | 
| Setelah penutup bekalang dibuka... | 
Setelah dibuka, seperti biasa papan litar akan dipenuhi dengan debu dan harus di bersihkan sebelum memulakan kerja-kerja 'troubleshooting'.
|  | 
| Papan litar telah dibersihkan... | 
Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang rosak namun menemui 'cold solder joint' pada 'vertical ic' yang berlabel LA78141 seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
|  | 
| Cold solder joint pada ic LA78141... | 
Gambar seterusnya di bawah menunjukkan 'cold solder joint' telah saya baiki. Caranya ialah panaskan dan buang pateri lama dan pateri semula.
|  | 
| Buang pateri lama & pateri semula... | 
TV ini telah berjaya diselamatkan hanya dengan mempateri semula kaki 'vertical ic' sahaja dan ia kembali berfungsi semula.
|  | 
| Testing... | 
Kejadian 'cold solder joint' biasanya akan berlaku setelah mencecah kira-kira belasan tahun digunakan akibat proses panas dan sejuk berulang-ulang.
|  | 
| Tested - ok | 
Selamat mencuba...
 
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.