Friday, 25 June 2021

Logitech ULTIMATE EARS WONDERBOOM 2 bluetooth speaker repair

Semalam saya dirujuk sebuah speaker bluetooth buatan Logitech model: ultimate ears wonderboom 2 dengan masalah tidak mengecas apabila di sambungkan cabel USB.

ULTIMATES EARS WONDERBOOM 2

Sebelum dibuka, saya sempat mengujinya dan apabila butang 'power' ditekan, lampu merah berkelip-kelip beberapa kali dan padam.

soket untuk sambungan kabel usb...

Saya syak masalahnya pada soket penyambung kabel usb yang rosak dan tidak mengalirkan arus elektrik masuk kepada papan litarnya.

Buka penutup atas...

Untuk mengeluarkan serta memeriksa soket penyambung tersebut, kita perlu buka keseluruhan bluetooth sepeaker tersebut sebab ianya terletak pada bahagian bawah sekali.

Keluarkan penutup tepi...

Gambar-gambar di atas dan berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan sehingga soket usb tersebut berjaya dikeluarkan untuk diperiksa.

Buka 4 biji skru pada penutup atas...

Setelah penutup atas dibuka, benda pertama yang saya periksa ialah voltan baterinya dan saya dapat 3.14v sahaja.

Tanggalkan wayar...

Bateri yang digunakan ialah 3.7v dan bacaan 3.14v di atas memberitahu saya ianya memang tidak mengecas.

Kelarkan speaker & bateri...

Selain periksa voltan bateri, saya juga sambungkan kabel usb dan pemeriksaan pada kabel penyambung ke papan litar atas juga tidak menemui sebarang bacaan 5v.

Buka kesemua skru penutup bawah dari dalam...

Gambar di bawah menunjukkan penutup terakhir yang perlu dibuka untuk mengeluarkan soket usb di bawahnya.

Keluarkan soket pengecas...

Pemeriksaan awal setelah kabel usb disambungkan ke soket juga tidak menemui sebarang bacaan 5v pada pin pertama dan ke-5.

Sambungan soket ke papan litar tidak elok...

Pemeriksaan keterusan (continuity) mendapati sambungan pin soket tidak elok dan apa yang saya lakulan ialah pateri semula kelima-lima pin tersebut.

sambung bateri, speaker & soket pengecas untuk diuji...

Percaya atau tidak, setelah siap dipateri, saya periksa voltan semula pada pin 1 dan pin 5 dan mendapat bacaan 5v. Lampu putih juga menyala apabila saya sambungkannya ke papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pasang kembali semua yang telah dileraikan...

Gambar di atas menunjukkan semua yang telah saya leraikan sebelumnya dan perlu di pasang kembali semula.


Klip video di atas saya ambil setelah siap dipateri serta diuji. Klip video di bawah pula saya ambil setelah siap dipasang kembali dan diuji.

Selamat mencuba...

1 comment:

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.