Wednesday 23 June 2021

DIJAYA LED Driver repair

LED driver ini telah saya baiki dua tahun yang lepas dan anda boleh rujuk di sini. Sebiji lampu LED biasanya boleh bertahan selama kira-kira 15,000 jam sehingga 20,000 jam atau kira-kira 2 tahun jika digunakan 24 jam sehari.

Hari ini dia kembali dengan masalah lampu berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di atas. Maksudnya setelah dibaiki lepas ianya seperti baru dan boleh bertahan  kira-kira 2 tahun.

Pernah dibaiki 2 tahun lepas - 04/05/2019...

Apabila dibuka dan diperiksa, komponen yang rosak ialah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Komponen yang rosak ditemui...

Setelah siap komponen rosak di atas saya gantikan dengan yang baharu serta diuji, kini ianya langsung tidak menyala.

Normal... (0.4v - 0.7v)

Pemeriksaan semula menemui sebiji diod berlabel SF16 ada kebocoran seperti boleh dilihat pada gambar di bawah setelah dibuka dari papan litar dan diuji dengan menggunakan multimeter.

Diod yang elok hanya membenarkan arus mengalir sehala sahaja. Kita hanya mendapat bacaan sehala sahaja iaitu 0.4v sehingga 0.7v dengan menggunakan fungsi diod pada multimeter.

Ada kebocoran...

LED driver tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah diod berlabel SF16 saya gantikan dengan yang baharu.

Komponen yang rosak ialah:-

  1. sebiji kapasitor 10uF, 400v
  2. sebiji kapasitor 4.7uF, 50v
  3. sebiji kapasitor 100uF, 50v
  4. sebiji diod SF16

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.