Kebelakangan ini saya dapati telefon bimbit saya model POCO M3 bermasalah dari segi kelancarannya dan pagi ini ada versi MIUI 12.0.8 terbaru dengan saiz 575mb untuk dikemaskini.
Anda boleh rujuk di sini untuk cara-cara serta langkah-langkah mengemaskininya yang harus di lalui.
klik download update... |
Ini adalah merupakan kemaskini yang ke-2 saya lakukan sejak dibeli bulan febuari awal tahun ini dan mendapati bahawa versinya semua menggunakan nombor genap sahaja.
Reboot untuk kemaskini... |
Versi asal ketika dibeli ialah 12.0.4 dan kemaskini lepas pula ialah 12.0.6. Tiada versi yang menggunakan angka ganjil iaitu 12.0.5 & 12.0.7 untuk dikemasakini setakat ini.
Saya tidak pasti kenapa tiada nombor ganjil pada versi kemaskininya selama ini. Dari masa ke semasa, saya juga ada memeriksa kemaskini terbaru (jika ada) pada telefon.
Security patch - May 2021 |
Seteleh selesai kemaskini dan melakukan 'reboot' sedikit perbezaan muncul pada skrin iaitu seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
icon baru selepas kemaskini... |
Keseluruhan proses adalah bergantung kepada masa diperlukan untuk memuat turun (download) versi terbarunya, manakala proses mengemaskini pula kira-kira dalam 5 minit sahaja.
Siap - 12.0.8 |
Selamat mengemaskini...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.