Semalam merupakan tarikh temujanji saya untuk mendapatkan suntikan dos ke-2 vaksin CoVid-19 setelah suntikan pertama pada 26/5/2021.
Pendaftaran... |
Temujanji asal saya ialah pada pukul 5:00pm namun telah menerima panggilan telefon dari pusat pemberian vaksin supaya hadir sebelum pukul 4:00pm.
0.3cc sahaja setiap dos... |
Proses yang harus dilalui adalah serupa dengan ketika menerima vaksin pertama lepas iaitu bermula dengan mengisi borang 'panduan saringan gejala penyakit CoVid-19'.
Selesai 2 dos... |
Setelah selesai menerima suntikan ke-2, anda boleh periksa aplikasi mysejahtera dan pastikan anda dapat kemaskini seperti yang boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan di bawah.
Sijil digital... |
Dalam masa yang sama, anda juga akan mendapat kemaskini pada kad temujanji seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Simpan & tunjuk ketika sekatan jalan... |
Simpan kad temujanji tersebut untuk ditunjukkan kepada penguatkuasa sekatan pemeriksaan polis di musim PKP jika perlu.
Sekatan jalan PKP... |
Simptom yang serupa berulang ketika saya disuruh rehat untuk proses pemantauan selama 30 minit iaitu tiba-tiba mata saya berair seperti menangis.
Dipantau 30 minit sebab ada alahan 'beer'... |
Pagi ini saya juga mengalamai kesakitan pada tempat dicucuk jarum dan kesakitannya juga sama iaitu seperti selepas ditumbuk. Kesakitan tersebut hilang selepas sehari mengikut pengalaman lepas.
Suasana di pusat memberi vaksin - Eastwood valley, Miri |
Perbezaannya ialah kali tangan kanan saya yang sakit sebab dos pertama dulu cucuk di tangan kiri dan kali ini saya minta cucuk di tangan kanan pula.
Perdana menteri kita pernah membuat kenyataan bahawa jika kita telah lengkap dua dos, kita bebas rentas negeri dan boleh ke sana ke sini, ke sana ke sini. Betul kah?
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.