Saturday, 22 May 2021

Dos pertama vaksin CoVid-19 - Pfizer

Petang semalam saya menerima panggilan untuk menghadirkan diri ke pusat vaksinasi bagi mendapatkan suntikan vaksin CoVid-19.

Saya disuruh hadir pada atau sebelum pukul 4:15 petang untuk mengisi slot mereka yang telah membuat temujanji namun tidak hadir.

Saya tiba sedikit awal iaitu kira-kira pada pukul 3:30 petang dan diarah duduk di ruangan khas untuk menunggu giliran.

Nama saya dipanggil kira-kira pada pukul 4:37 petang. Proses pertama ialah mendaftarkan diri dan setelah itu disuruh ke kaunter ke-2 iaitu semakkan pandaftaran mysejahtera.

Seterusnya saya diarah berjumpa dengan jururawat/doktor untuk mengisi borang seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Vaksin yang saya akan terima ialah Pfizer dan setelah disuntik tepat pada pukul 5:00 petang, saya disuruh berehat selama 30 minit sebab ada rekod 'allergic'.

Untuk pengetahuan semua, saya melihat jururawat menyuntik vaksin di lengan kiri dan percaya atau tidak, saya tidak merasa apa-apa sewaktu jarum menembusi kulit lengan.

Sepanjang proses vaksinasi, saya cuma ada satu simptom sahaja iaitu saya dapati mata saya tiba-tiba berair sewaktu berehat setelah divaksin.

Pagi ini ketika bangun dari tidur, saya dapati ada sedikit kesakitan pada tempat dicucuk jarum dan ianya normal bagi saya.

Dos ke-2 saya akan dijadualkan pada 11/6/2021.


Saya telah divaksin...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.