Sebelum ini saya ada membuat audio amplifier dengan hanya menggunakan sebiji transistor sahaja dan anda boleh rujuk di sini.
LA42102N |
Hari ini saya telah berjaya membina sebuah amplifier dengan menggunakan sebiji IC (integrated circuit) LA42102N.
Schematic... |
IC tersebut saya ambil dari papan litar TV berjenama LG jenis CRT, model 29FU1RLX-T1.
Komponen yang diperlukan ialah:-
- sebiji ic LA42102N
- sebiji kapasitor 470, 25v
- sebiji kapasitor 47uF, 25v
- sebiji kapasitor 10uf, 16v
- 2 biji kapasitor 4.7uF, 50v
- 2 biji kapasitor 3.3nF (332)
- 2 biji perintang 9.1Ω, 1/4w
- sebiji perintang 10kΩ, 1/4w
- sebiji perintang 100Ω, 1/4w
- 4 biji kapasitor 0.1uF (104)
- 4 biji perintang 2.2Ω 1/4w
- 2 biji speaker
- 2 biji perintang 30kΩ, 1/4w (sambung bersiri 'av in')
Siap... |
Gambar di atas menunjukkan keadaan setelah kesemua komponen di atas telah saya sambungkan kepada IC LA42102N mengikut skematik di atas.
Selamat mencuba...
LN42102 Test circuit... |
Sekiranya pin no. 6 (mute) disambung dengan sebiji kapasitor 10uF, 16v ke ground, amplifier dalam keadaan bisu (mute) dan hanya akan berfungsi setelah dibekalkan elektrik dengan menyambungkan perintang 100Ω dari pin no. 7 (VCC).
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.