Sebelum ini saya pernah membaiki telefon seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.
Jenama: Motorola |
Pagi ini saya dirujuk sebuah lagi telefon serupa dengan masalah langsung tidak berfungsi termasuk tidak dapat membuat panggilan serta menerima panggilan.
Model: CT50 |
Pemeriksaan awal pada wayar penyambung ke telefon mendapati ada litar pintas seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Litar pintas pada penyambung ke telefon - 346Ω |
Setelah dibuka dan diperiksa, litar pintas tersebut berpunca dari sebiji inductors yang berlabel L1 pada papan litar dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Litar pintas pada inductors berlabel L1 |
Inductors tersebut sangat halus dan saya terpaksa memeriksanya menggunakan
mikroskop digital seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di
bawah.
Pandangan atas inductors - tiada label... |
Ianya tertanggal dari papan litar setelah saya cuba bersihkan permukaan atas untuk mengetahui labelnya. Apabila diperiksa di bawah mikroskop digital, tiada sebarang label pada permukaan inductors tersebut.
Bahagian bawah inductors... |
Gegelung pada inductors tersebut juga putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Setelah inductors di buka... |
Oleh kerana label pada inductors tidak diketahui dan tiada skematik untuk dirujuk, saya ambil dua biji inductors dari papan litar lama dan sambungkannya terus dari varistor VR1 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk percubaan.
Gantikan inductors baharu... (10uH) |
Telefon tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula dengan menukarkan inductors asal L1 yang tidak diketahui nilainya menggunakan dua biji inductors 10uH.
Siap & tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.