Thursday, 3 June 2021

PHILIPS HD4680 electric kettle repair

Cerek elektrik seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini dan sini.

Ada kesan terbakar...

Pagi ini saya dirujuk lagi sebuah cerek elektrik yang serupa dengan masalah tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan terbakar/letupan pada plug 3-pin dan setelah dibuka, jelas kelihatan wayarnya telah berlubang seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Potong bahagian wayar yang rosak...

Masalah telah dikenalpasti dan apa yang perlu dilakukan ialah potong wayar yang rosak serta sambung kembali kepada kedudukan asalnya seperti telah saya lakukan dan boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Siap...

Pastikan ketiga-tiga wayar tidak tersalah sambung dan cerek elektrik tersebut telah berjaya diselamatkan serta masih boleh berfungsi semula.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.