Semalam saya dirujuk sebuah TV LED berjenama SAMSUNG, Model: UA40J5008AK dengan masalah langsung tidak berfungsi atau 'mati total'.
SAMSUNG UA40J5008AK |
Gambar di bawah menunjukkan papan litar yang ada setelah penutup belakangnya telah saya buka.
Setelah penutup belakang dibuka... |
Oleh kerana TV tersebut langsung tidak berfungsi, saya mulakan pemeriksaan pada PSU (Power supply unit) dan komponen pertama yang didapati rosak ialah fius dengan nilai 3.15A.
L40MSF_FHS BN44-00851A |
Jika fius utama putus mesti ada sebab dan jika hanya menggantikan fius sahaja serta diuji, fius akan putus semula.
Fius 3.15A putus... |
Pemeriksaan seterusnya saya juga menemui litar pintas pada sebiji N-channel mosfet dengan label 60R360P seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
N-channel mosfet rosak... |
Setelah mosfet dan fius yang rosak saya gantikan dengan yang baru, tiada lagi litar pintas ditemui pada PSU.
Gantikan mosfet baru... |
Untuk keselamatan, saya uji TV tersebut dengan kaedah 'short circuit lamp test' atau 'series lamp test' untuk mengesahkan tiada lagi litar pintas pada PSU.
Komponen yang rosak... |
TV di atas telah berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkkan sebiji fius dan sebiji mosfet sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Testing... |
TV tersebut saya uji beberapa jam sebelum diambil oleh pemiliknya.
Tested - ok |
Selamat mencuba...
Hiii... Saya punya TV sama simptom yg bos tunjuk kan... Soalan saya memang hanya itu sahaja kah(mosfet&fuse) perlu ditukar atau pun ada lagi part lain yg perlu diganti... Maksud saya kalau dua2 part suda ganti tp tetap sama jg xbole on
ReplyDeleteTV di atas rosak sebab disambar petir. 2 komponen tersebut sahaja yang rosak setelah saya periksa menggunakan multimeter. Tidak semua kerosakkan adalah sama, jika masih tidak berfungsi bermaksud ada komponen lain yang rosak lagi.
DeleteSalam sejahtera tuan.
ReplyDeleteDi mana sy boleh cari skrin bagi model yg sama di atas? Skrin tv sy crack
Biasanya kalau skrin retak saya tidak baiki sebab saya juga tak tahu di mana nak dapatkan skrin baru. Harga skrin baru dari agen/kilang samsung sangat mahal dan tidak berbaloi untuk dibaiki.
Deletehello boss...tv saya semua ok boleh on tapi lately bila masalahnya bila dicucuk usb ke, socket tv ke.....theres no device connection.....?? apa punca kerosak tu
ReplyDelete